Tuesday, November 23, 2010

Cuti-cuti Malaysia



Ceritera Tiara Beach Resort
Tiara Beach Resort adalah sebuah lokasi yang sangat sesuai bagi percutian seisi keluarga, kawan-kawan atau berkumpulan. Ianya terletak di Batu 13, Jalan Pantai, Port Dickson. Ia adalah lokasi yang terletak berdekatan dengan Lembah Klang dan ini menjadi diantara salah satu lokasi terdekat untuk dikunjungi oleh warga kota.

Tiara Beach Resort mempunyai Taman Tema seluas 8.4 hektar dan memang terkenal dengan pantai buatan manusianya. Taman Tema ini memenuhi keperluan semua peringkat umur kerana ianya terdapat kolam untuk kanak kanak, tapak istana pasir, pantai buatan dan juga kolam mandi untuk orang dewasa.

Pada waktu malam setiap pengunjung dewasa boleh menghabiskan masa dengan berkaraoke di bilik karaoke yang disediakan. Selain itu terdapat juga tayangan wayang terbuka dan juga bilik permainan kanak kanak yang dilengkapi dengan permainan video game.
Sekiranya pengunjung mahu menikmati pantai sebenar, mereka boleh berbuat demikian dengan memandu ke pantai Teluk Kemang yang terletak berhampiran dgn resort ini.
Bagaimana hendak ke Tiara Beach Resort

Perjalanan ke TBR dari ibu negara hanya mengambil masa kira-kira satu setengah jam, 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan tiga jam dari Singapura melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Port Dickson.


Unit Penginapan

YNS mempunyai 1 unit studio suite di Tiara Beach Resort. Unit tersebut adalah di Blok A, Tingkat 4 ( A-4-19 ).
Dan sekiranya anda memerlukan lebih dari satu bilik, sila h ubungi saya untuk semakan kekosongan untuk unit-unit yg lain juga saya sedia berikan perkhidmatan untuk keselesaan anda. Unit studio suite YNS ini mengadap jalan raya dan blok utama pendaftaran.

Bayaran untuk penginapan :

Weekend (Jumaat – Ahad), Cuti Umum DAN Cuti Sekolah
RM160 semalam
Weekday (Ahad – Khamis)
RM120 semalam

** dan sekiranya menginap melebihi 2 mlm akan diberi diskaun dgn kadar yang berpatutan.

Amenities yg disediakan

* TV
* Aircond
* 2 katil super single
* Kipas angin
* Bilik air yg selesa
* cerek eletrik
* Peti sejuk mini
* Ruang tamu

Tempahan Bilik
Sila hubungi saya untuk pertanyaan tarikh, untuk mengetahui ada kekosongan atau tidak. Sekiranya ada kekosongan sila beri nama penuh dan no hp. Kemudian saya akan smskan no acct saya untuk deposit pendahuluan sebanyak rm100 unit studio, sekiranya ingin menginap 2 malam boleh darab 2.

Setelah saya menerima duit deposit anda, tempahan anda telah selamat di booking.Saya akan smskan nama,no hp dan cara-cara untuk checkin. Baki bayaran boleh dibayar sehari sebelum check in.
Waktu check in : 3pm
Waktu check out : 12 noon

Hubungi : Pn Yanti ( 017-3542791 )